December 27, 2010

Singkapan batuan di Lebir, G. Musang


Singkapan batuan ini dapat dilihat di sepanjang jalanraya baru yang menghubungkan Paloh dengan Lebir, Gua Musang. Singkapan batuan mungkin adalah sebahagian dari Formasi Aring.


Litologi utama adalah saling lapis batu pasir bertuf , batu lumpur bertuff dan syal berkarbon.

Sebahagian perlapisan batuan yang mengalami canggaan tektonik





Antara singkapan yang terdapat di kawasan tersebut. Kemungkinan untuk menjumpai fosil adalah besar di kawasan tersebut. Pencarian fosil perlu dilakukan di kawasan ini untuk menentukan usia pengenapan sedimen turbidit ini.


Fosil-fosil mungkin boleh dijumpai dalam perlapisan sebegini.

Pengenapan selang lapis antara sedimen dengan lapisan piroklastik menunjukan bahawa pengenapan adalah berselang seli dengan kegiatan volkano.


Perlapisan sedemikian adalah serupa dengan perlapisan yang ditunjukkan oleh turutan batuan Formasi Semantan. Perlu kajian lanjut untuk mengenalpasti samada singkapan ini adalah kepunyaan Formasi Aring atau Formasi Telong (= Formasi Semantan).


Antara struktur sesar yang dapat diperhatikan di lapangan.

December 13, 2010

Shear zone structure


Shear zone with sigmoidal en-echelon calsite veins in a carbonaceous shale belonging to the Aring Formation, Lebir, Kelantan.

December 6, 2010

Singkapan batuan di Bandar Gua Musang, Kelantan


Singkapan batuan baru di hadapan Ekobotani Gua Musang yang mempamerkan turutan batuan berargilit dilapisi oleh batuan berkarbonat. Singkapan batuan terletak dalam Formasi Gua Musang. Klik gambar untuk pembesaran.


Sentuhan batu kapur (kiri) dengan batu pasir berfeldspar. Sentuhan batuan sebegini sering mempunyai lapisan kaya fosil seperti yang terdapat di Gua Panjang dekat sempadan Kelantan-Pahang. Fosil yang terkandung di dalamnya selalunya adalah penting terhadap penentuan batas Trias-Perm. Sebagai rekod, fosil Trias bivalvia (Claraia) dan ammonoid berusia Induan (tahap Greibashian) serta brakiopod berusia Perm Akhir telah direkodkan di kawasan berhampiran.



Singkapan batu lodak terlaminasi.



Sentuhan batuan antara syal berkabon (gelap) dan batu lumpur (cerah) dengan batu lodak terlaminasi (merah).


Hanya fosil bivalvia yang tidak dikenali ditemui pada satah-satah perlapisan batu lodak terlaminasi. Apa yang menariknya terhadap singkapan batuan sebegini adalah untuk mencari lapisan yang mempunyai brakiopod Leptodus yang dirujuk kepada Syal Leptodus (Mid Permian- late Early Permian).


Singkapan batu pasir (atas) yang melapisi batu pasir berfeldspar yang kemudiannya melapisi batu kapur.


Antara jujukan batu kapur yang dapat dilihat di sepanjang jalanraya menghala ke Gua Musang.


Struktur 'kulit harimau' dan stylolitik adalah di antara struktur yang dipamerkan pada permukaan batu kapur.


Batu kapur mempamerkan sruktur perlapisan yang selari (keselarasan) dengan perlapisan batuan berargilit yang melapisinya; menandakan perubahan kandungan bahan sedimen ke dalam lembangan akibat perubahan persekitaran enapan.

October 19, 2010

Turutan Bouma pada Singkapan Jengka, Pahang


Turutan Bouma bersaiz kecil dapat dicerap pada satu singkapan batuan enapan sedimen turbidit di Bandar Pusat Jengka, Pahang.

October 14, 2010

Skala Geologi 2010


Pembahagian skala masa geologi terkini yang diperakui oleh U.S. Geological Suvey Geologic Name Committee, 2010. Carta menunjukan kedudukkan kronostratigrafi dan unit-unit geokronologi. Sumber

September 22, 2010

Lapisan sedimen dalam andesit, Jengka


Singkapan batuan sedimen yang dilapisi dan melapisi batuan andesit di Desa Jaya, bandar Pusat Jengka, Pahang.

Perselang selian batuan sedimen membentuk jaluran panjang pada permukaan tanah.


Sentuhan antara batuan batu lumpur dan batu lumpur berkarbon (kiri) dengan lapisan tuf riolit (kanan).


Sentuhan yang nyata antara dua batuan.


Batuan volkanik yang kaya dengan klasta-klasta volkanik pelbagai saiz.

Batuan volkanik Pahang telah dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu 1. tuf riolit, 2. tuf riolit dengan trachyte, trachyandesit dan andesit, 3. tuf dengan angglomerat dan 4. tuf berbutir kasar dengan anglomerat (Richardson, 1950). Salah satu kawasan uatama batuan volkanik di Pahang adalah di kawasan segi tiga Jengka di mana terdapat 3 jenis batuan volkanik iaitu andesit, litik kristal dan tuf asidik. Batuan tersebut sering berselang lapis dengan turutan batuan sedimen seperti batu lumpur, konglomerat, batu pasir dan batu kapur.

Batuan sedemikian dapat dicerap pada satu singkapan di Desa Jaya, Bandar Pusat Jengka di mana perlapisan sedimen setebal kira-kira 1500m dialasi dan melapisi batuan andesit. Serpihan fosil tumbuhan banyak dijumpai pada perlapisan batu lumpur.

September 20, 2010

Bongkah Granit, C. Higlands


Bongkah batu granit yang dijumpai pada bekas laluan sungai, C. Higlands.

July 14, 2010

Kegagalan cerun di Lojing, Gua Musang


Sebelum mengalami kegagalan (19.11.2007)



Selepas mengalami kegagalan (28.8.2009)

Kegagalan cerun jenis baji ini telah dicerap pada satu cerun potongan untuk pembinaan jalanraya Lojing- K. Betis; terletak tidak jauh dari sempadan Pahang-Kelantan. Kawasan ini didasari batuan granit dan berada dalam kawasan Banjaran Granit Utama (Banjaran Titiwangsa).


July 6, 2010

Ragam Kegagalan Cerun Sepanjang Jalanraya Lojing-K. Betis


Kegagalan cerun jenis baji




Kegagalan cerun jenis 'toppling'




Kegagalan cerun pada satah kekar

May 4, 2010

Bukit Batu Kapur Di Semenanjung Malaysia


Rajah menunjukkan pembentukan batu kapur


Batu kapur Bukit Keteri, Beseri, Perlis - Jaluran Barat


Bukit Batu Kapur Gua Bama, Lipis, Pahang - Jaluran Tengah


Bukit Batu Kapur Gunung Senyum, Maran, Pahang - Jaluran Tengah


Bukit Batu Kapur Batu Caves, Gombak, Selangor - Jaluran Barat


Bukit Batu Kapur Gua Musang, Kelantan - Jaluran Tengah


Bukit Batu Kapur Gua Bewah, K. Berang, Terengganu - Jaluran Timur


Bukit Batu Kapur Gua Cha, Gua Musang, Kelantan - Jaluran Tengah



Bumi Malaysia mempunyai 3 jaluran bukit batu kapur iaitu:-

  • jaluran barat (Bkt. Chuping, Perlis-Bkt. Kodiang,Kedah- Gua Tempurung, Perak- Bt. Caves,Selangor); usia: Ordovoci-Devon (505-360 juta tahun)
  • jaluran tengah (G. Reng-Gua Musang, Kelantan- Gua Bama, Kota Gelanggi, Pahang); usia: Triassik (245-208 juta tahun)
  • jaluran timur (Gua Bewah, Terengganu- Gua Mengapur, Pahang); usia: Karbon-Permian (360-245 juta tahun).

Setiap jaluran tersebut mempunyai usia dan jenis batu kapur yang berbeza. Pembentukkannya mengambil masa yang teramat lama melampaui ratusan juta tahun. Usianya dapat ditentukan melalui fosil-fosil marin yang terkandung di dalamnya. Secara fizikal, kajian makmal menunjukan batu kapur adalah salah satu batuan yang amat keras sifatnya tetapi amat mudah terlarut dan terurai, walau pun terkena air hujan. Sisa penguraian batu kapur dipanggil sebagai 'terra rossa' dan kebanyakanya berwarna merah. Batu kapur adalah batuan sedimen yang terbentuk oleh pemendapan dan pelarutan bahan berkarbonat di kawasan marin purba melalui proses biokimia.

Gua-gua sering terdapat di dalam bukit batu kapur hasil dari pelarutan air bawah tanah. Gua-gua ini juga menjadi tempat kediaman manusia kuno seperti yang dilaporkan di G. Bewah, Terengganu dan di Lenggong, Perak.

Apa yang menarik mengenai jaluran batu kapur tersebut adalah tindakan metamorfisme di mana sebahagian batuan di jaluran tengah yang relatifnya lebih muda usianya berbanding jalur timur dan barat telah termetamorf kepada batuan marmar. Hal ini dapat dijelaskan oleh tindakan penerobosan igneous/tindakan magmatik di kawasan Benta, Jerantut (Kompleks Benom) dan di kawasan Stong, Dabong (Kompleks Stong) yang terletak dalam jaluran tengah.

Bukit batu kapur di Malaysia sebahagiannya telah/sedang dikuarikan untuk tujuan industri simen atau untuk mendapatkan aggregat (batu kelilikir) dan ada di antaranya yang dipulihara sebagai geotapak/geowarisan.




March 21, 2010

Vertebrate fossil from Gua Naga Mas, Ipoh



A large vertebrate fossil in Gua Naga Mas exposed on the ceiling of the limestone cave (Kinta Limestone).

Gua Naga Mas is an abandoned cave temple that features the fossilized bones of an ancient animal possibly from the Pleistocene period. The fossilized bones, the only to be found in Peninsula Malaysia so far, and are thought to date back sometime between 1.8 million to 10,000 years ago. The fossil is almost complete, about 1m long, probably a small tiger, a bear or wild dog. It was first discovery in 1992 by members of the Malaysian Nature Society of Perak. This cave had been designated as protected site by the Museum and Antiquity Deparment, Malaysia.

March 1, 2010

Chiton, Langkawi


Chiton from P. Langgun
Langkawi, Kedah

Chitons are small to large, primitive marine molluscs in the class Polyplacophora. There are 900 to 1,000 extant species of chitons in the class, which was formerly known as Amphineura.

These mollusks are also sometimes commonly known as sea cradles or "coat-of-mail shells". They are also sometimes referred to more formally as loricates, polyplacophorans, and rarely as polyplacophores.

Chitons have a shell which is composed of eight separate shell plates or valves. These plates overlap somewhat at the front and back edges, and yet the plates articulate well with one another. Because of this, although the plates provide good protection for impacts from above, they nonetheless permit the chiton to flex upward when needed for locomotion over uneven surfaces, and also the animal can slowly curl up into a ball when it is dislodged from the underlying surface. The shell plates are surrounded by a structure known as a girdle. Source- Wikipedia


February 8, 2010

Bukit Batu Kapur Gua Bewah, Tasik Kenyir





Dari segi stratigrafi, Bukit batu kapur Bewah ini terletak di bahagian jaluran timur Semenanjung Malaysia yang berjulat usia Karbon hingga Permian. Batu kapur ini adalah sejajar dengan batu kapur Panching dan Mengapor dengan sedikit mengalami metamorfisme. Fosil Foraminifora sering dijumpai dalam batu kapur Bewah seperti Pseudofusulina, Pseudodoliolina, Parafusulina dan Blobivalvulina yang mencadangkan usia Permian tengah. Selain itu fosil gastropod dan bryozoa boleh ditemui pada permukaan batuan.

Gua-gua batu kapur ini juga dilaporkan menjadi penempatan awal masyarakat purba Zaman Neolitik di mana artifak peninggalan barang purba dan rangka-rangka manusia purba turut ditemui.