January 31, 2010

Kegagalan Cerun di MRSM Bentong


Kegagalan cerun ini berlaku di MRSM Bentong pada pukul 12.07 tengahari, 6 Disember 2009, tidak jauh dari Plaza Tol Bentong. Dimensi kegagalan cerun adalah 50mx65m dengan komposisi bahan cerun terdiri daripada syis berkarbon dan syis bermika. Kawasan kejadian berlaku dalam Formasi Karak. Bahan cerun dan cerun yang curam adalah punca kejadian dan dicetuskan oleh hujan yang lebat.

Difahamkan bahawa pemotongan cerun bukit ini tidak dibuat melalui JKR dan tidak dirujuk kepada agensi teknikal OSC.


January 17, 2010

Luluhawa batuan granit


Gred 1


Gred 3


Gred 4


Gred 5

Gambar-gambar menunjukkan gred-gred luluhawa yang berbeza bagi batu granit. Proses luluhawa ialah proses pemecahan batuan yang ada di permukaan bumi sehingga membentuk butiran atau zarah yang lebih kecil. Dengan kata lain, proses luluhawa menukarkan batuan kepada tanah. Proses ini berlaku kerana berlakunya berbeza persekitaran semasa batuan ini terbentuk (pada suhu>600 darjah celcius, tekanan tinggi pada kedalaman > 10km). Apabila batuan ini terdedah, suhu, tekanan dam kedalaman batuan tersebut telah berubah, oleh itu proses luluhawa pun berlaku. Di Malaysia, faktor yang mempengaruhi luluhawa batuan adalah iklim dan topografi.

Batuan granit mempunyai mineral seperti Feldspar (Na- plagioklas Feldspar dan K-Feldspar), Quartza dan biotit serta Muskovit. Apabila luluhawa, Feldspar membentuk mineral lempung seperti kaolinit. Manakala biotit pula juga membentuk kaolinit dan ion Na, ion K bersama oksid besi yang memberikan warna merah kepada tanah sisa granit. Manakala Quartza dan muskovit kekal bentuknya kerana tahan kepada proses luluhawa.

Setelah luluhawa, batuan akan mengalami proses hakisan. Butiran Quartza membentuk butiran bersaiz pasir; apabila dihakis dan terenap, akan membentuk batu pasir. Manakala mineral lempung pula terenap membentuk batu lumpur atau syal. Manakala ion-ion pula diangkut oleh sungai ke laut membentuk batuan karbonat iaitu batu kapur.

January 7, 2010

Sentuhan batuan granit dan metasedimen, Lojing





Sentuhan batuan antara batuan granit dan metasedimen (syis) ini dapat diperhatikan di Pos Brooke, Lojing, Gua Musang. Batuan metasedimen ini lebih berupa xenolith bersaiz besar (accidental xenolith) yang 'jatuh dan terapung' ke dalam magma granit.