April 23, 2009

Batuan Obsidian dari Tasik Kenyir, Terengganu






Batuan Obsidian boleh ditemui pada satu singkapan batuan di Tasik Kenyir pada laluan yang menghubungkan Aring ke K. Berang. Turutan batuan ini dianggarkan berusia Permian. Batuan Obsidian adalah batuan igneous ektrusif yang terbentuk apabila lava panas yang keluar dari lohong gunung berapi menyejuk dengan pantas di atas permukaan bumi terutama apabila bersentuhan dengan air.

Obsidian sebenarnya adalah merupakan kaca dan bukanlah campuran mineral-mineral serta tidak mempunyai pertumbuhan mineral. Tepian batuannya adalah sangat tajam, berkaca, mempamerkan tektur konkoidal dan keras. Besi dan magnesium memberikan Obsidian berwarna hijau gelap ataupun berwarna hitam. Pada singkapan batuan di Tasik Kenyir, warnanya adalah hijau cerah menandakan kandungan magnesium yang rendah.

Obsidian boleh mengandungi gelembung-gelembung udara yang terperangkap hasil pendidihan akibat bersentuhan dengan air. Udara yang terperangkap adalah udara purba yang terdapat hanya pada ketika ia disejukkan.

Kewujudan banyak volkanik seperti batuan tuf dan batuan andesit dalam Formasi Aring boleh dikaitkan dengan kewujudan batuan obsidian ini. Mungkin boleh dijumpai kawah gunung berapi kuno disekitar kawasan ini terutama dari kajian foto udara.



April 13, 2009

Mangenese Ore from Aring, Kelantan






Aring Manganese Ore Mine, Gua Musang, Kelantan

Manganese is Chemical element, designated by the symbol Mn. It has the Atomic number 25. It is found as a free element in nature (often in combination with iron), and in many minerals. As a free element, manganese is a metal with important industrial metal alloy uses, particularly in stainless steels.

Manganese is a gray-white metal, resembling iron. It is a hard metal and is very brittle, fusible with difficulty, but easily oxidized. Manganese metal and its common ions are paramagnetic. While manganese metal does not form a permanent magnet, it does exhibit strong magnetic properties in the presence of an external magnetic field.

The most common oxidation states of manganese are +2, +3, +4, +6 and +7, though oxidation states from +1 to +7 are observed. Mn2+ often competes with Mg2+ in biological systems, and manganese compounds where manganese is in oxidation state +7 are powerful oxidizing agents.

Manganese ions have various colors, depending on their oxidation state, and are used industrially as pigments. The permanganates of sodium, potassium and barium are powerful oxidisers. Manganese dioxide is used as the cathode (electron acceptor) material in standard and alkaline disposable dry cells and batteries.

Manganese(II) ions function as cofactors for a number of enzymes in higher organisms, where they are essential in detoxification of superoxide free radicals. The element is a required trace mineral for all known living organisms. In larger amounts, and apparently with far greater activity by inhalation, manganese can cause a poisoning syndrome in mammals, with neurological damage which is sometimes irreversible.

Methylcyclopentadienyl manganese tricarbonyl is used as an additive in unleaded gasoline to boost octane rating and reduce engine knocking. The manganese in this unusual organometallic compound is in the +1 oxidation state.

The most stable oxidation state for manganese is +2, which has a pink to red color, and many manganese(II) compounds are known, such as manganese(II) sulfate(MnSO4) and manganese(II) chloride (MnCl2). This oxidation state is also seen in the mineral rhodochrosite, (manganese(II) carbonate. The +2 oxidation state is the state used in living organisms for essential functions; all of the other states are much more toxic.

The +3 oxidation state is known, in compounds such as manganese(III) acetate, but these are quite powerful oxidizing agents.

Manganese(IV) oxide (manganese dioxide, MnO2) is used as a reagent in organic chemistry for the oxidation of benzylic alcohols (i.e. adjacent to an aromatic ring). Manganese dioxide has been used since antiquity to oxidatively neutralize the greenish tinge in glass caused by trace amounts of iron contamination. MnO2 is also used in the manufacture of oxygen and chlorine, and in drying black paints. In some preparations it is a brown pigment that can be used to make paint and is a constituent of natural umber.

Manganese phosphating is used as a treatment for rust and corrosion prevention on steel.

Permanganate (+7 oxidation state) manganese compounds are purple, and can color glass an amethyst color. Potassium permanganate, sodium permanganate and barium permanganate are all potent oxidizers. Potassium permanganate, also called Condy's crystals, is a commonly used laboratory reagent because of its oxidizing properties and finds use as a topical medicine (for example, in the treatment of fish diseases). Solutions of potassium permanganate were among the first stains and fixatives to be used in the preparation of biological cells and tissues for electron microscopy. Source-Wikipedia

April 9, 2009

Kink Bands in Schist Rocks, Lojing ( Part 2)





Kink Bands in Schist Rocks, Lojing ( Part 1)







Kink bands in the highly foliated amphibole schist. Structures like this indicate that these rocks experience more than two episodes of deformation. Note squashed clasts of Quartz (light color) present along the foliation plane.


Geological structures in Schist, Lojing


Joints displaced boudinage of Quartz in amphibole schist



Parallel foliated schist

Boudinage of Quartz in amphibole Schist.

April 8, 2009

Amphibole Schist from Lojing, Kelantan






Km 54, G. Musang- Lojing Road

-Panoramic of amphibole schist rock (metamorphosed basic igneous rock) from C. Higlands-G.Musang Road-

April 7, 2009

Melange of Bentong-Raub Suture Zone


Melange outcrop from Tmn Indrapura, Bentong, Pahang


Melange outcrop from Lojing, Gua Musang, Kelantan


Melange outcrops can be seen in exposed suture zone rocks such as in Bentong and Gua Musang. Bentong-Raub Suture Zone rocks include oceanic ribbon-bedded cherts, argilllites, turbitditic rhythmites, serpentinites and continental margin/shelf deposits (olistostrom). This suture represents the main Paleo-Tethys Ocean which was destroyed by collision of the Sibumasu and Indochina terranes of SE Asia.

Melange has a sheared mud/silt matrix containing a variety of clasts such as ribbon-bedded chert, limestone, sandstone, conglomerate, blocks of turbiditic rhythmites, volcanic and volcaniclastic rocks. The clasts range a few mm to several metres and exceptionally up to several hundred metres or more.


Clasts of chert have yielded Upper Devonian, Carboniferous and Permian radiolarian, while clasts of limestone have yielded Lower Permian conodonts and fusulinids. At Krau Satu Road, Raub, limestone clasts yielded Lower Permian (middle Artinskian and early Cathedralian) microfossils.



Ribbon-bedded Cherts, Pos Belau, Kelantan






Km 32, G. Musang- Lojing Road

This rock is a part of Suture zone rocks which is includes accretionary complex rocks, argillites, turbiditic rhythmites, melange, serpentinites and continental margin/shelf deposits.

Mata air panas di Lojing, Gua Musang






Terdapat sekurang-kurangnya 4 mata air panas atau "hotspring" di kawasan Granit Banjaran Besar, Tanah Tinggi Lojing di bahagian barat daya Kelantan. Namun mata air panas berhampiran Sg. Mering paling menarik kerana aliran puncanya membentuk air terjun berketinggian kira-kira 5 m. Ia mempunyai 20 punca air dengan rekahan 220 darjah bersuhu 55-57 selsius. Kadar aliran adalah 0.285-2.816 meter padu per jam. Nilai konduktiviti adalah 380 umhos/cm pada suhu 25 selsius dengan kandungan pepejal terlajutnya 190-260 mg/l dari punca persekitaran igneous kaya bersilika.

March 3, 2009

Lapisan berpebel, Tringkap, C. Highlands







Lapisan yang mempunyai klasta granit bersaiz pebel di atas tanah sisa granit ini boleh diperhatikan di Tringkap, Cameroon Highlands. Tidak dapat dipastikan samada lapisan ini adalah enapan sedimen atau hasil dari sisa xenolith dalam batuan granit.

February 9, 2009

Herringbone Cross Stratification in Miri Formation




Herringbone cross bedding forms when current periodically flows in opposing directions, in this case tidal flat or tidal channel. The result is alternating layers of cross beds dipping in opposite directions. The pattern created resembles the backbone and ribs of a herring or fish; hence the name.

December 15, 2008

Bencana Geologi (Geohazards)




Bencana geologi atau geohazards secara amnya ditakrifkan sebagai satu keadaan, proses atau kejadian geologi yang mendatangkan ancaman, risiko atau potensi berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan manusia dan harta benda. Bencana geologi wujud secara semulajadi atau didorong oleh tindakan manusia. Bagaimanapun adalah agak sukar untuk membezakan bencana semulajadi dengan tindakan manusia, kerana dalam banyak kejadian, bencana geologi adalah berpunca atau sekurang-kurangnya diburukkan lagi oleh tindakan-tindakan manusia sendiri. Kebanyakan bencana geologi semulajadi berkaitan dengan hakisan, antaranya ialah; hakisan sungai yang mengakibatkan banjir kilat, ketidakstabilan cerun akibat hakisan yang mencetuskan aliran lumpur/ puing, tanah runtuh dan jatuhan batuan, pantai pula mengalami hakisan atau mendapan yang berlebihan dan di kawasan batu kapur berlaku lubang benam atau sinkhole dan pelarutan batuan dasar yang membentuk gegua atau cavity.

Bencana-bencana geologi semulajadi yang lain yang bersifat global antaranya adalah seperti gempa bumi, perubahan aras laut, masalah kesihatan oleh bahan radioaktif semulajadi dalam batuan atau tanih, letupan gunung berapi, tsunami dan tanam terbenam atau
land subsidence. Bencana-bencana geologi yang didorong oleh tindakan manusia antaranya ialah tanah terbenam, lubang benam akibat pengambilan air tanah berlebihan dan aktiviti perlombongan bawah tanah, pencemaran air permukaan dan air tanah kerana perbagai aktiviti pertanian, perindustrian, perlombongan dan domestik dan lubang benam, gelongsoran tanah, jatuhan batuan dan sebagainya akibat pelbagai aktiviti pembinaan dan pembangunan. Kita agak bernasib baik kerana tiga bencana geologi semula jadi yang biasanya mengorbankan ramai mangsa dan merosakkan banyak harta benda iaitu gempa bumi, tsunami dan letupan gunung berapi tidak berlaku di negara kita seperti yang dialami oleh beberapa negara jiran. Bagaimanapun beberapa bencana geologi yang lain kerap berlaku di Malaysia antaranya;
  • tanah runtuh yang biasanya berlaku selepas hujan lebat,
  • lubang benam yang berkaitan dengan lohong atau keruntuhan di kawasan batu kapur,
  • jatuhan batuan yang berkaitan dengan kawasan topografi batu kapur atau potongan cerun batuan,
  • hakisan pantai terutamanya di pantai timur Semenanjung Malaysia, dan
  • aktiviti seismos atau gempa bumi yang lebih aktif di Sabah dan sedikit di Sarawak serta Semenanjung Malaysia, tetapi ianya tidak mendatangkan kesan yang serius atau mempunyai risiko yang tinggi.
Sejak beberapa tahun yang lalu, kita semua mungkin masih ingat akan beberapa tragedi besar yang berkaitan bencana geologi yang berlaku di seluruh negara. Antaranya ialah kejadian runtuhan kondominium Highland Towers pada Disember 1993 yang telah mengorbankan sejumlah 44 mangsa, kejadian aliran puing/lumpur di jalan susur ke Genting Highlands pada Jun 1995 yang telah mengorbankan 23 mangsa, kejadian gelongsoran tanah dan banjir lumpur di Pos Dipang, Perak dan di lebuhraya berhampiran Gua Tempurung dan di Sandakan dan Bukit Antarabangsa, Hulu Klang. Terbaru, apabila berlakunya kejadian tanah runtuh di kawasan perumahan di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang pada 6 Disember lalu yang mengorbankan empat nyawa dan harta benda jelas menunjukan kepada kita bahawa kita belum mampu melaksanakan tadbir urus cerun, khususnya pada cerun yang mempunyai risiko bencana.

Berbagai persoalan timbul setiap kali berlakunya kejadian sebegini dan pelbagai pihak mula menunding jari di antara satu sama lain. Setelah panas seketika, isu ini akan kembali sejuk sehinggalah berlaku pula kejadian atau tragedi lain dan proses sama akan berulang.
Seiring dengan perkembangan ekonomi dan pemesatan penduduk, pembangunan telah menular ke kawasan-kawasan yang lebih sensitif dan mempunyai risiko yang lebih tinggi sekiranya pembangunan dilaksanakan di kawasan tersebut. Dalam hal ini, bidang geologi mempunyai peranan yang penting dalam menyumbang kepada perancangan dan pengurusan persekitaran manusia bagi mewujudkan pembangunan yang mampan.

Penglibatan ahli kajibumi atau
geologist di peringkat perancangan sesuatu projek pembangunan adalah sangat penting bagi meminimumkan risiko berlakunya bencana geologi. Oleh itu sumbangan yang dimainkan oleh ahli geologi dalam membantu pihak perancang, jurutera, arkitek, pihak berkuasa tempatan (BPT) dan pihak pemaju dalam membangunkan sesuatu kawasan perlu dipertingkatkan. Ahli kaji bumi boleh membekalkan maklumat geologi yang lebih berkesan dan mudah difahami untuk dimanafaatkan oleh pelbagai pihak berkaitan. Dengan meningkatnya kefahaman dan kesedaran dari pelbagai pihak terhadap pentingnya perancangan sesuatu projek pembangunan itu dilakukan secara bersepadu iaitu melibatkan kepakaran dan input daripada pelbagai disiplin profesional, diharapkan agar bencana-bencana geologi yang kerap berlaku beberapa tahun kebelakangan ini dapat dielakkan atau dikurangkan.