For more information, please click here.
February 3, 2011
January 31, 2011
Penggunaan istilah usia geologi
Dalam penulisan laporan atau apa jua jenis penulisan berkaitan geologi, sudah semestinya kita perlu menggunakan istilah usia geologi. Istilah tersebut termasuklah seperti menetapkan usia fosil, usia pengenapan sedimen, usia unit-unit batuan/formasi-formasi batuan, peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku dalam sejarah geologi (e.g, BIF, P-T extinction, etc.) dan sebagainya. Kesilapan yang sering berlaku adalah seperti dalam penggunaan Perm / Bawah, Perm Awal / Akhir. Bila dan di mana istilah ini perlu digunakan?;
1. Apabila kita merujuk kepada usia batuan, usia fosil, usia pengenapan sedimen dan peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku dalam sejarah geologi, kita hendaklah menggunakan istilah Perm Awal /Akhir. Sebagai contoh, ammonoid berusia Induan Akhir (Trias Awal) telah ditemui di kawasan Aring, Kelantan.
2. Apabila kita merujuk kepada usia strata/unit/formasi batuan atau zon-zon biostratigrafi/kronostratigrafi, kita hendaklah menggunakan istilah Perm Bawah / Atas. Sebagai contoh, Formasi Semantan adalah dianggarkan berusia Trias Bawah hingga Trias Atas.
Oleh itu jika anda faham dengan kenyataan seperti di atas, anda mungkin sudah dapat membezakan ayat seperti berikut:
Sebanyak 13 taksa dinosaur yang berusia Hettanggian Akhir (Jura Awal) telah ditemui dalam strata batuan Batu pasir Mangking (Kumpulan Tembeling) yang berusia Jura Bawah- Kapur Atas oleh Ahmad Rosli Othman (2015).
- sharing is caring!

January 12, 2011
December 27, 2010
Singkapan batuan di Lebir, G. Musang
Singkapan batuan ini dapat dilihat di sepanjang jalanraya baru yang menghubungkan Paloh dengan Lebir, Gua Musang. Singkapan batuan mungkin adalah sebahagian dari Formasi Aring.
Litologi utama adalah saling lapis batu pasir bertuf , batu lumpur bertuff dan syal berkarbon.
Antara singkapan yang terdapat di kawasan tersebut. Kemungkinan untuk menjumpai fosil adalah besar di kawasan tersebut. Pencarian fosil perlu dilakukan di kawasan ini untuk menentukan usia pengenapan sedimen turbidit ini.
Pengenapan selang lapis antara sedimen dengan lapisan piroklastik menunjukan bahawa pengenapan adalah berselang seli dengan kegiatan volkano.
December 13, 2010
December 6, 2010
Singkapan batuan di Bandar Gua Musang, Kelantan
Singkapan batuan baru di hadapan Ekobotani Gua Musang yang mempamerkan turutan batuan berargilit dilapisi oleh batuan berkarbonat. Singkapan batuan terletak dalam Formasi Gua Musang. Klik gambar untuk pembesaran.
Sentuhan batu kapur (kiri) dengan batu pasir berfeldspar. Sentuhan batuan sebegini sering mempunyai lapisan kaya fosil seperti yang terdapat di Gua Panjang dekat sempadan Kelantan-Pahang. Fosil yang terkandung di dalamnya selalunya adalah penting terhadap penentuan batas Trias-Perm. Sebagai rekod, fosil Trias bivalvia (Claraia) dan ammonoid berusia Induan (tahap Greibashian) serta brakiopod berusia Perm Akhir telah direkodkan di kawasan berhampiran.
Sentuhan batuan antara syal berkabon (gelap) dan batu lumpur (cerah) dengan batu lodak terlaminasi (merah).
Hanya fosil bivalvia yang tidak dikenali ditemui pada satah-satah perlapisan batu lodak terlaminasi. Apa yang menariknya terhadap singkapan batuan sebegini adalah untuk mencari lapisan yang mempunyai brakiopod Leptodus yang dirujuk kepada Syal Leptodus (Mid Permian- late Early Permian).
Singkapan batu pasir (atas) yang melapisi batu pasir berfeldspar yang kemudiannya melapisi batu kapur.
October 19, 2010
October 14, 2010
Skala Geologi 2010

Pembahagian skala masa geologi terkini yang diperakui oleh U.S. Geological Suvey Geologic Name Committee, 2010. Carta menunjukan kedudukkan kronostratigrafi dan unit-unit geokronologi. Sumber
September 22, 2010
Lapisan sedimen dalam andesit, Jengka
Singkapan batuan sedimen yang dilapisi dan melapisi batuan andesit di Desa Jaya, bandar Pusat Jengka, Pahang.
Sentuhan antara batuan batu lumpur dan batu lumpur berkarbon (kiri) dengan lapisan tuf riolit (kanan).
Batuan volkanik Pahang telah dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu 1. tuf riolit, 2. tuf riolit dengan trachyte, trachyandesit dan andesit, 3. tuf dengan angglomerat dan 4. tuf berbutir kasar dengan anglomerat (Richardson, 1950). Salah satu kawasan uatama batuan volkanik di Pahang adalah di kawasan segi tiga Jengka di mana terdapat 3 jenis batuan volkanik iaitu andesit, litik kristal dan tuf asidik. Batuan tersebut sering berselang lapis dengan turutan batuan sedimen seperti batu lumpur, konglomerat, batu pasir dan batu kapur.
Batuan sedemikian dapat dicerap pada satu singkapan di Desa Jaya, Bandar Pusat Jengka di mana perlapisan sedimen setebal kira-kira 1500m dialasi dan melapisi batuan andesit. Serpihan fosil tumbuhan banyak dijumpai pada perlapisan batu lumpur.

September 20, 2010
July 14, 2010
Kegagalan cerun di Lojing, Gua Musang
Selepas mengalami kegagalan (28.8.2009)
Kegagalan cerun jenis baji ini telah dicerap pada satu cerun potongan untuk pembinaan jalanraya Lojing- K. Betis; terletak tidak jauh dari sempadan Pahang-Kelantan. Kawasan ini didasari batuan granit dan berada dalam kawasan Banjaran Granit Utama (Banjaran Titiwangsa).
May 4, 2010
Bukit Batu Kapur Di Semenanjung Malaysia
Bumi Malaysia mempunyai 3 jaluran bukit batu kapur iaitu:-
- jaluran barat (Bkt. Chuping, Perlis-Bkt. Kodiang,Kedah- Gua Tempurung, Perak- Bt. Caves,Selangor); usia: Ordovoci-Devon (505-360 juta tahun)
- jaluran tengah (G. Reng-Gua Musang, Kelantan- Gua Bama, Kota Gelanggi, Pahang); usia: Triassik (245-208 juta tahun)
- jaluran timur (Gua Bewah, Terengganu- Gua Mengapur, Pahang); usia: Karbon-Permian (360-245 juta tahun).
Setiap jaluran tersebut mempunyai usia dan jenis batu kapur yang berbeza. Pembentukkannya mengambil masa yang teramat lama melampaui ratusan juta tahun. Usianya dapat ditentukan melalui fosil-fosil marin yang terkandung di dalamnya. Secara fizikal, kajian makmal menunjukan batu kapur adalah salah satu batuan yang amat keras sifatnya tetapi amat mudah terlarut dan terurai, walau pun terkena air hujan. Sisa penguraian batu kapur dipanggil sebagai 'terra rossa' dan kebanyakanya berwarna merah. Batu kapur adalah batuan sedimen yang terbentuk oleh pemendapan dan pelarutan bahan berkarbonat di kawasan marin purba melalui proses biokimia.
Gua-gua sering terdapat di dalam bukit batu kapur hasil dari pelarutan air bawah tanah. Gua-gua ini juga menjadi tempat kediaman manusia kuno seperti yang dilaporkan di G. Bewah, Terengganu dan di Lenggong, Perak.
Apa yang menarik mengenai jaluran batu kapur tersebut adalah tindakan metamorfisme di mana sebahagian batuan di jaluran tengah yang relatifnya lebih muda usianya berbanding jalur timur dan barat telah termetamorf kepada batuan marmar. Hal ini dapat dijelaskan oleh tindakan penerobosan igneous/tindakan magmatik di kawasan Benta, Jerantut (Kompleks Benom) dan di kawasan Stong, Dabong (Kompleks Stong) yang terletak dalam jaluran tengah.
Bukit batu kapur di Malaysia sebahagiannya telah/sedang dikuarikan untuk tujuan industri simen atau untuk mendapatkan aggregat (batu kelilikir) dan ada di antaranya yang dipulihara sebagai geotapak/geowarisan.

April 19, 2010
March 21, 2010
Vertebrate fossil from Gua Naga Mas, Ipoh
A large vertebrate fossil in Gua Naga Mas exposed on the ceiling of the limestone cave (Kinta Limestone).
Gua Naga Mas is an abandoned cave temple that features the fossilized bones of an ancient animal possibly from the Pleistocene period. The fossilized bones, the only to be found in Peninsula Malaysia so far, and are thought to date back sometime between 1.8 million to 10,000 years ago. The fossil is almost complete, about 1m long, probably a small tiger, a bear or wild dog. It was first discovery in 1992 by members of the Malaysian Nature Society of Perak. This cave had been designated as protected site by the Museum and Antiquity Deparment, Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)