November 11, 2008

Konglomerat Lanis, Kumpulan Tembeling







Singkapan Konglomerat Lanis dapat diperhatikan di Kg. Penjing, Maran, Pahang pada beberapa cerun potongan bukit utk pembinaan jalanraya yang menghubungkan Bera ke Paloh Inai. Jalanraya tersebut didapati memotong strata batuan Kumpulan Tembeling. Singkapan sedemikian juga dapat diperhatikan di Lebuhraya LPT berhampiran Bandar Maran dan jalanraya Jerantut-Maran berhampiran Sg. Jerik dan Pulau Tawar.

Konglomerat Lanis adalah sebahagian dari ahli Kumpulan Tembeling yang mungkin dilapisi secara selaras oleh Batu pasir Mangking dan melapisi formasi Kerum secara selaras. Litologi singkapan ini terdiri daripada turutan konglomerat polimitik dengan klas yang terdiri daripada sandstone, syal dan batu lodak serta volkanik. Manakala matriknya terdiri daripada lodak dan pasir merah. Lapisan syal berkarbon turut ditemui sebagai kekanta atau sebagai lapisan masif. Tidak ditemui sebarang bentuk fosil. Namun begitu usia pengenapan unit batuan ini adalah dianggarkan Jurasik Atas ke Kapur Bawah.

1 comment:

Anonymous said...

Tuan,
Selepas membaca bahan-bahan geologi di Malaysia dan blog tuan ini yang sangat informatik, saya telah mengunjungi tempat-tempat outcrop batuan yang disebut dlm bahan-bahan tersebut dengan menguna racing bike. Dari jerantut ke Triang hampir 200km, saya telah melihat Fm Semantan dan Tembeling(berwarna merah ke?)dan juga bukit kapur Fm G Musang.
tetepi sampai baru0baru ini, saya masih tidak nampak apa=apa jalan yg sampung Bera ke Paloh, kecuali di akhir jalan Sebertak-Bera ada T-junction yang mana kalau belok kiri akan sampai Paloh tetapi secara tak langsung (indirectly).
Bolehkah tuan enlighten sikit, di manakah Fm Lanis Kongromerat itu? Adakah GPS info?
Sekian, T kasih.