August 26, 2009

Permatang Kuartza Klang Gate, Selangor




Permatang kuartza ini adalah yang terpanjang di Malaysia dengan kepanjangan mencapai 14 km dengan ketinggian kira-kira 200 m. Terletak di pinggir Bandaraya Kuala Lumpur pada aras laut 367 m dengan ketinggian puncak maksimum pada ketinggian 534 m. Permatang ini dibentuk dari bendalir hidroterma batuan granit melalui rejahan yang membentuk 'dyke' di sepanjang Sesar Kuala Lumpur pada usia Jurasik ke Kapur (200-122 juta tahun). Pada permukaan permatang ini dapat diperhatikan banyak kristal-kristal kuartza berbenuk pensil. Mineral kuartza merupakan antara mineral yang paling keras dan tahan terhadap tindakan luluhawa ; dengan sifat inilah yang menyebabkan ia membentuk permatang yang kita dapat lihat hingga ke hari ini. Permatang ini telah menjadi salah satu sumber geowarisan Malaysia.

1 comment:

SNN95 said...

Gambar dalam kiriman blog ini digunapakai dalam Wikipedia Bahasa Melayu. Sila kunjungi laman saya di WIkipedia.