Latitud dan Longitud sering digunakan dengan meluas dalam menentukan kedudukan atau posisi dalam peta. Latitud dan Longitud juga mempunyai peranan dalam menentukan zon-zon waktu tertentu pada tempat-tempat yang tertentu di seluruh dunia. Latitud dan Longitud memberikan dua koordinat yang digunakan untuk memplot lokasi di bumi. Terdapat dua jenis koordinat yang sering digunakan iaitu samada;
- tanda negatif (-) seperti Long:-20.788 Lat: 33.229 atau
- tanda Utara-Selatan (U/S) dan Timur-Barat (T/B) seperti Long:101.223T Lat: 4.110U
Tanda negatif pada Longitud - kedudukan bahagian kiri (Barat) peta dunia dari garis median.
Contoh:
1.Koordinat Jakarta, Indonesia adalah Lat:-6.267 dan Long:106.800 <---- iaitu berkedudukan bawah dr garis khatulistiwa dan di bahagian kanan dari garis meridian.
2.Koordinat K. Lumpur adalah Lat:3.133 dan Long:101.700 <------ iaitu berkedudukan di atas garis khatulistiwa dan di bahagian kanan dari garis meridian.
Manakala konsep tandaan U/S dan T/B sama seperti di atas cuma tidak menggunakan tandaan negatif, sebaliknya hanya meletakkan U atau S dan T atau B di belakang koordinat, bergantung di bahagian mana titik koordinat itu berada dari garis khatulistiwa dan garis meridian.
Contoh:
1.Koordinat Jakarta, Indonesia adalah Lat:6.267S dan Long:106.800T
2.Koordinat K. Lumpur adalah Lat:3.133U dan Long:101.700T
No comments:
Post a Comment