May 4, 2010

Bukit Batu Kapur Di Semenanjung Malaysia


Rajah menunjukkan pembentukan batu kapur


Batu kapur Bukit Keteri, Beseri, Perlis - Jaluran Barat


Bukit Batu Kapur Gua Bama, Lipis, Pahang - Jaluran Tengah


Bukit Batu Kapur Gunung Senyum, Maran, Pahang - Jaluran Tengah


Bukit Batu Kapur Batu Caves, Gombak, Selangor - Jaluran Barat


Bukit Batu Kapur Gua Musang, Kelantan - Jaluran Tengah


Bukit Batu Kapur Gua Bewah, K. Berang, Terengganu - Jaluran Timur


Bukit Batu Kapur Gua Cha, Gua Musang, Kelantan - Jaluran Tengah



Bumi Malaysia mempunyai 3 jaluran bukit batu kapur iaitu:-

  • jaluran barat (Bkt. Chuping, Perlis-Bkt. Kodiang,Kedah- Gua Tempurung, Perak- Bt. Caves,Selangor); usia: Ordovoci-Devon (505-360 juta tahun)
  • jaluran tengah (G. Reng-Gua Musang, Kelantan- Gua Bama, Kota Gelanggi, Pahang); usia: Triassik (245-208 juta tahun)
  • jaluran timur (Gua Bewah, Terengganu- Gua Mengapur, Pahang); usia: Karbon-Permian (360-245 juta tahun).

Setiap jaluran tersebut mempunyai usia dan jenis batu kapur yang berbeza. Pembentukkannya mengambil masa yang teramat lama melampaui ratusan juta tahun. Usianya dapat ditentukan melalui fosil-fosil marin yang terkandung di dalamnya. Secara fizikal, kajian makmal menunjukan batu kapur adalah salah satu batuan yang amat keras sifatnya tetapi amat mudah terlarut dan terurai, walau pun terkena air hujan. Sisa penguraian batu kapur dipanggil sebagai 'terra rossa' dan kebanyakanya berwarna merah. Batu kapur adalah batuan sedimen yang terbentuk oleh pemendapan dan pelarutan bahan berkarbonat di kawasan marin purba melalui proses biokimia.

Gua-gua sering terdapat di dalam bukit batu kapur hasil dari pelarutan air bawah tanah. Gua-gua ini juga menjadi tempat kediaman manusia kuno seperti yang dilaporkan di G. Bewah, Terengganu dan di Lenggong, Perak.

Apa yang menarik mengenai jaluran batu kapur tersebut adalah tindakan metamorfisme di mana sebahagian batuan di jaluran tengah yang relatifnya lebih muda usianya berbanding jalur timur dan barat telah termetamorf kepada batuan marmar. Hal ini dapat dijelaskan oleh tindakan penerobosan igneous/tindakan magmatik di kawasan Benta, Jerantut (Kompleks Benom) dan di kawasan Stong, Dabong (Kompleks Stong) yang terletak dalam jaluran tengah.

Bukit batu kapur di Malaysia sebahagiannya telah/sedang dikuarikan untuk tujuan industri simen atau untuk mendapatkan aggregat (batu kelilikir) dan ada di antaranya yang dipulihara sebagai geotapak/geowarisan.