March 29, 2011

Gempa bumi di sempadan Myanmar-Thailand-Loas.

Kedudukan zon gempa bumi di sempadan Laos-Myanmar-Thailand dalam Zon Sutura Chian Rai.



Gambar menunjukan proses pemuaian yang pernah berlaku di Semenanjung Malaysia pada jutaan tahun lampau. Bawah (~286-245 juta tahun), tengah (~245-220 juta tahun) dan atas (~220-208 juta tahun).


Gempa bumi bermagnitud 6.9 yang berlaku berhampiran sempadan Loas-Myanmar-Thailand pada pukul 10.15 mlm 24 Mac 2011 adalah terletak dalam Zon Sutura Chiang Rai. Zon ini adalah zon yang sama dengan Zon Sutura Bentong-Raub yang terbentuk hasil dari perlanggaran antara dua plat atau kerak bumi jutaan tahun lampau. Bagi Zon Sutura Bentong-Raub, plat yang terlibat adalah perlanggaran antara Plat Shanthai dengan Plat Indochina. Zon ini tidak aktif ketika ini kerana kedua-dua kerak bumi ini sedang bergerak kira-kira 1 cm setahun ke arah timur. Puluhan juta tahun akan datang, besar kemungkinan Semenanjung Malaysia akan berada di kedudukan Sumatra pula manakala pulau Sumatera pula samada membentuk pergunungan atau terbenam ke dalam perut bumi.
Walau pun tidak aktif, akibat tegasan kerak dari bahagian barat (akibat gempa bumi seperti di Honshu, Jepun) negara-negara Asia Tenggara mengalami beberapa gegaran susulan seperti yang berlaku di sempada Laos-Thailand-Myanmar dan beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah dan besar kemungkinan boleh berlaku di kawasan Bukit Tinggi, Bentong, Pahang.

5 comments:

Anonymous said...

Pernahkah Myanmar ada gempa bumi dahulu?

JK said...

Hi Ahmad,

Sejauh mana yang saya tahu, Malaysia terletak di atas pendas kontinental (Pendas Sunda/Sunda Shelf) yang agak stabil. Adakah pendas ini mempunyai retaken-retakan yang kurang stabil juga?

zayani Halil said...

menurut Zaiton Harun (xingt tahun), pembentukan garis bentong raub adalah disebabkan oleh sesar dari proses transtensi pada Kapur Akhir hingga Tertier..Subduksi tidak mungkin berlaku kerana: 1) tiada penemuan syis biru hanya silimanit dan syis hijau, tiada ofiolit sebenar hanya serpentinit dan tidak pernah dijumpai lava bantal..
Jadi apakah kemungkinan lain berlakunya gempa bumi di sempadan mynmar-thai

Anonymous said...

gempa bumi yang berlaku di sana sedikit sebanyak memberi kesan kepada Malaysia.jadi pada pendapat saya loji nuklear tidak sesuai dibina di Malaysia.benar atau tidak?

Walimatul Urus Hafiz & Syaz said...

Aikk. Jepun tu di timur kan? .... Kalau Malaysia bakal berada di posisi sumatera, maknanya kerak Malaysia bergerak 1cm setahun arah barat laa