April 7, 2009

Mata air panas di Lojing, Gua Musang






Terdapat sekurang-kurangnya 4 mata air panas atau "hotspring" di kawasan Granit Banjaran Besar, Tanah Tinggi Lojing di bahagian barat daya Kelantan. Namun mata air panas berhampiran Sg. Mering paling menarik kerana aliran puncanya membentuk air terjun berketinggian kira-kira 5 m. Ia mempunyai 20 punca air dengan rekahan 220 darjah bersuhu 55-57 selsius. Kadar aliran adalah 0.285-2.816 meter padu per jam. Nilai konduktiviti adalah 380 umhos/cm pada suhu 25 selsius dengan kandungan pepejal terlajutnya 190-260 mg/l dari punca persekitaran igneous kaya bersilika.

No comments: