




Blog yang memuatkan panorama singkapan batuan, fosil-fosil dan sebagainya yang berkaitan dengan geologi dari Malaysia.






Satu singkapan batuan yang mempamerkan ketakselarasan antara strata Triassik dan Kuateneri telah dicerap pada satu cerun potongan bukit di hadapan Dataran Peladang, Kuala Krai, Kelantan. Litologi strata Triassik terdiri daripada saling selang lapis batu lumpur putih dengan batu lumpur kelabu dengan jurus 040 miringan ke barat laut. Manakala strata Kuarteneri pula mewakili lapisan batu lumpur dengan beberapa lapisan berpebel yang mendatar. Klasta berpebel terdiri daripada kuartzit dan klasta bersaiz buntar juga boleh dicerap dalam lapisan tersebut. Lapisan berpebel dapat dicerap pada bahagian sentuhan ketakselarasan dan pada bahagian atas singkapan.





Singkapan Konglomerat Lanis dapat diperhatikan di Kg. Penjing, Maran, Pahang pada beberapa cerun potongan bukit utk pembinaan jalanraya yang menghubungkan Bera ke Paloh Inai. Jalanraya tersebut didapati memotong strata batuan Kumpulan Tembeling. Singkapan sedemikian juga dapat diperhatikan di Lebuhraya LPT berhampiran Bandar Maran dan jalanraya Jerantut-Maran berhampiran Sg. Jerik dan Pulau Tawar.
INTRODUCTION
The foundation stone of the Mineral & Geoscience Department (formerly Geological Survey Department) building in Ipoh was first laid by YM Raja Idris Shah ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah, the Raja Muda of Perak in July, 1955. The building which also housed the
The museum gallery was expanded in 1978 to its present occupying space on the first floor of the building. Following the merger between the Geological Survey Department and Mines Department in 1999, the museum was renamed the Geological and
The museum exhibits a wide array of specimens related to the field of geoscience and mining activities in
LOCATION
The museum is located within the JMG Malaysia building complex which is about 5 km to the east of the
GALLERY EXHIBITS AND COLLECTIONS
The gallery presently occupies a space of around 343.3 square metre. The exhibits are arranged as such whereby the mineral specimens are displayed according to the classification of chemistry and its structure, rocks in accordance to its origins, and fossils according to its age.
Geological, geochemical, hydrogeological, geophysical and mineral resource in the form of thematic maps are among the exhibits available. An interesting geological time-scale illustrates the evolutionary trend of life from the beginning of the earth's formation. Also on display are some 600 mineral specimens. 150 rock specimens, 200 fossil exhibits and 200 gemstones and ornaments, mostly of Malaysian origin.
Models and colour photographs of geological structures and minerals and fossil specimens have been added in stages to improve the scope of the museum display.
The photographic laboratory in the department has colour slides of geological specimens. A TV/video show is available to present the main activities of the department.
OPENING HOURS
| | Morning | Afternoon |
| Monday – Thursday | 8.30 – 1.00 | 2.00 – 4.30 |
| Friday | 8.30 – 11.45 | 2.15 – 4.30 |
| Note: The Museum is closed on Saturdays, Sundays and Public Holidays. | ||
Group-visits to the Museum are most welcome. Briefing during the visit can be arranged if notified officially in advance to the:-
Director of Technical Services
Technical Services Division
(Geological and Mining Museum)
MINERALS AND
Jalan Sultan Azlan Shah,
30820
Tel: 05- 5406000
Fax: 05-5406100
Email: muzium@jmgipoh.gov.my
ADMISSION
F R E E


Fosil brakiopod Spirelytha petaliformis (Pavlova) ditemui di Kg. Sg. Itau, Langkawi dalam Formasi Singa. Menurut Dr. Mohd Shafeea Leman 2003, genus ini mendominasi himpunan brakiopod di kawasan tersebut dan dikorelasikan dengan fauna brakiopod di Kilim dan Ko Muk di Thailand. Himpunan brakiopod ini diletakkan pada bahagian atas Zon himpunan Arctitreta-Bandoproductus yang berusia Permian Awal iaitu kira-kira 294-284 juta tahun lampau.












Konglomerat Gunung Ayam ini merupakan satu formasi yang baru. Sebelum ini, formasi ini telah dimasukkan kedalam Formasi Gua Musang oleh ramai pengkaji (Yin, 1965; Ismail, 1991; Ng, 1991 dan Lim, 1991). Kajian yang dilakukan oleh pengkaji di atas bersetuju meletakkan unit konglomerat yang terdapat di Gunung Ayam sebagai bahagian bawah atau dasar kepada Formasi Gua Musang.
Nama Formasi Konglomerat Gunung Ayam di ambil sempena dengan nama Gunung Ayam yang terletak di bahagian barat Kuala Betis.Taburan Konglomerat Gunung Ayam yang hanya tersingkap atau terletak di tepi Garis Bentong boleh membantu kajian kewujudan formasi ini. Zon ricih mungkin merupakan satu zon sesar yang memisahkan Kumpulan Bentong dengan unit yang lebih muda daripadanya di sebelah timur. sumber-Dr.Kamal Roslan,UKM